......

Wednesday 3 October 2012

sakit. tolong..

hi semua, rini pyka nk gtau pyka sakit prut (cirit birit). errr, tibe2 je kn?
eah bia la, pyka pnya blog kn. huhu. 
sakit gila perut ni, jgn tnya la pulak brpe kli pyka g jamban. huhu.
dah longlai bdn ni, tp still bole update blog, huhu. 
ok tu jela, kbye! haha, cm xde function kn??

Apakah yang dikatakan cirit-birit?
Cirit-birit ialah masalah sistem pencernaan/penghadaman yang disebabkan beberapa perkara termasuklah jangkitan kuman (virus, bakteria, parasit) dalam makanan atau air yang diminum, pengawet makanan, alahan makanan, ubat-ubatan yang kurang sesuai, dan susu yang tidak serasi kepada bayi/kanak-kanak.
Salah satu puncanya mungkin disebabkan oleh keracunan makanan. Maklumlah macam-macam jenis makanan kat malaysia, semua nak disentalnya. Mungkin juga, disebabkan alahan kepada makanan laut dan (gluten atau laktosa).  Namun ditekankan, sakit cirit birit ini boleh membawa maut, jika tidak dirawat dengan kadar yang segera.
Punca lain sebab cirit birit.
  • kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan
  • berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif
  • pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma dalam usus
  • jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)
  • situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar tiroid yang terlalu aktif
  • penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman
  • Ada kes yang lain, cirit-birit dikaitkan dengan barah usus
Bila dah tahu puncanya, mesti nak berubat dan merawat. :biggrin: :biggrin:
Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:
  1. Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air
    Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.
  2. Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh BadanCirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.
  3. Ambil Makanan Lembut
    Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya.
  4. Jangan Paksa Diri Anda
    Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.


sape2 yg cirit birit uw, amalkan ye. :) adiosss!

No comments:

Post a Comment